Islam menyarankan kita bersederhana dalam menjaga pemakanan seharian .Mungkin kebanyakan hari ini berat badan seseorang menganggu dalam apa jua aktiviti yang diceburi bahkan dalam ibadat. Oleh yang demikian amatlah ditekankan dalam islam untuk seseorang menjaga kesihatan yang mana perlu ada kesederhanaan dalam pemakanan bagi memberi kerehatan sistem penghadaman dan sistem pernafasan, pemeliharaan dari sakit, kejernihan akal dan merendahkan nafsu syahwat. Seperti mana dalam satu hadis {riwayat IbnMajah} "Tidaklah tempat yang lebih buruk yang diisi oleh anak Adam dari perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya. Jika ia tidak mampu, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk pernafasan".
Biasanya kita dengar lemon banyak membantu imunisasi penghadaman badan manusia. Ok disini kita senaraikan 10 kebaikan air lemon dalam kehidpan seharian kita.
.
Lemon mengandungi Asid Sitrik, Kalsium, Magnesium, Potassium, Phosphorus, Zat Besi, Zink, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E, Bioflavonoids, Riboflavin, Pectin dan lain-lain, yang meningkatkan tahap imun sistem, serta melawan sebarang jangkitan di dalam badan kita.
Berikut adalah 10 kebaikan dan faedah minum Air Lemon kepada kita:
1. Mencegah batu karang: Mulakan hari dengan setengah cawan air lemon setiap hari meningkatkan paras sitrat dalam air kencing serta membantu merangsang dan mengaktifkan sistem penghadaman. Kajian telah menunjukkan bahawa ini boleh melindungi daripada batu kalsium dalam buah pinggang.
2. Melegakan sakit tekak : Ciri-ciri anti-bakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu melegakan sakit tekak. Jus lemon juga boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Jika anda mengalami sakit tekak, selesema atau batuk berkahak, perbanyakkan minum air lemon yang dicampur dengan madu sedikit demi sedikit sepanjang hari.
3. Menurunkan berat badan : Jus lemon mengandungi Pectin, yang merupakan serat larut yang membantu dalam membakar lemak dan penurunan berat badan. Minum air lemon juga membantu hati menghasilkan lebih hempedu, yang membantu menghadam lemak degil.
4. Mulakan hari anda : Tinggalkan minuman berkafein di belakang, dan memulakan hari anda dengan air panas dan jus lemon segar untuk merangsang trek pencernaan anda dan menambah vitamin C.
5. Melegakan kegatalan : Lemon bersifat antiseptik dan anti-keradangan, serta mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik. Jika anda digigit serangga, gosok jus lemon di kawasan kulit berkenaan. Ia boleh membantu melegakan rasa gatal tersebut.
6. Membantu dalam pencernaan : Melawaskan sistem penghadaman. Air lemon membantu dalam perkumuhan, mengelakkan sembelit, cirit-birit, serta melegakan simptom berkaitan kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
7. Anti-kanser. Liminoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon. Kajian mendapati ia mempunyai ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu melindungi sel-sel di dalam badan daripada rosak, seterusnya mengelakkan pembentukan sel barah.
8. Menghilangkan bau busuk. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Lemon juga bersifat membersih, anti-biotik dan anti-oksidan yang penting untuk kulit, serta membantu mengurangkan bau badan. Orang zaman dahulu menggunakan lemon untuk meggosok ketiak dan menyental daki di seluruh badan, bagi menggantikan penggunaan sabun.
9. Menurunkan panas demam. Apabila rasa hendak demam, cepat-cepat minum air lemon sebanyak mungkin, bagi membantu menurunkan suhu panas demam dengan pantas.
10. Kandungan pH yang seimbang. Walaupun lemon bersifat asid, tetapi kandungan mineral yang tinggi di dalam lemon menyebabkan ia bersifat alkali apabila masuk ke dalam badan, seterusnya membantu membuang asid serta menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita.
sumber